Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jerayawara pupuk minat pertandingan CIPTA

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Sebagai sebahagian daripada Minggu Teknologi Digital pada Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022, Universiti Teknologi Brunei (UTB) telah menganjurkan jerayawara Pertandingan Anugerah CIPTA Duli Pengiran Muda Mahkota 2023, kelmarin.

    Jerayawara berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas menggunakan platform dalam talian melalui Zoom dan Facebook.

    Antara lain tujuan jerayawara adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang aktiviti yang dijalankan bagi pertandingan CIPTA 2023 seterusnya meran sang minat kalangan pelajar serta orang ramai untuk menyertai pertandingan berprestij itu.

    Jerayawara diisi dengan sesi taklimat teknikal oleh Jawatankuasa Teknikal CIPTA 2023 yang diketuai oleh Ketua Bersama Jawatankuasa Teknikal CIPTA 2023, Pengiran Dr Rafidah binti Pengiran Haji Petra.

    Acara tersebut turut menyaksikan pembentangan mengenai kategori pertandingan, peraturan dan undang-undang, hadiah dan anugerah, tarikh-tarikh penting, proses penghakiman serta contoh projek yang dikemukakan dalam pertandingan CIPTA sebelum ini.

    Sebahagian peserta yang mengambil bahagian dalam jerayawara yang berlangsung di Dewan Utama, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini. – Gambar serahan UTB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...