Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Eni sertai projek gas gergasi Qatar

    DOHA, 19 JUN – Syarikat Itali Eni kelmarin telah menyertai projek Qatar Energy bagi mengembangkan pengeluaran dari medan gas asli terbesar di dunia, beberapa hari selepas Rusia mengurangkan bekalan ke Itali.

    Eni akan memegang saham lebih tiga peratus dalam projek North Field East bernilai AS$28 bilion, kata Ketua Pegawai Eksekutif Qatar Energy pada majlis menandatangani perjanjian di Doha.

    Qatar mengumumkan TotalEnergies Perancis sebagai rakan kongsi asing pertama dan terbesar dalam pembangunan minggu lepas, dengan saham 6.25 peratus. Turut dilaporkan bahawa akan lebih banyak syarikat akan ditetapkan namanya nanti.

    Projek LNG tersebut merupakan bentuk gas yang disejukkan bagi memudahkan pengangkutan. Ia dijangka tersedia pada 2026.

    Ia juga akan membantu Qatar untuk meningkatkan pengeluaran gas asli cecairnya lebih daripada 60 peratus menjelang 2027, kata ketua eksekutif TotalEnergies, Patrick Pouyanne kepada AFP minggu lalu.

    Sementara itu, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah memaksa seluruh dunia bagi membangunkan sumber tenaga baharu ketika negara-negara Barat cuba mengurangkan kebergantungan mereka terhadap Rusia.

    Jumaat lalu, Eni berkata, ia akan menerima hanya 50 peratus daripada gas yang diminta daripada Gazprom Rusia, hari ketiga ketika bekalan berkurangan.

    Manakala itu, Rom telah menuduh Gazprom kerana menjaja ‘pembohongan’ atas pemotongan berkenaan.

    Sementara itu, Qatar Energy menganggarkan bahawa North Field akan memegang kira-kira 10 peratus daripada rizab gas dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...