Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    EU dan negara kuasa dunia gesa Rohingya terima keadilan

    BRUSSELS, 26 OGOS – Menteri-menteri Luar Kesatuan Eropah (EU), Australia, Kanada, New Zealand, Norway, United Kingdom (UK), dan Amerika Syarikat (AS) kelmarin menggesa pesalah yang mencabuli hak asasi manusia masyarakat Rohingya Myanmar supaya mengaku bertanggungjawab atas perbuatan itu demi memastikan keadilan bagi rakyat Rohingya.

    Dalam satu kenyataan bersama sempena ulang tahun kelima kempen ketenteraan kejam terhadap minoriti Islam itu, menteri-menteri luar memuji keberanian komuniti Rohingya dan memberi penghormatan kepada golongan terbabit.

    Mereka menggesa rejim tentera untuk menghentikan keganasan terhadap golongan itu yang telah menderita di bawah pemerintahannya, termasuk pencabulan hak asasi manusia selama berdekad-dekad serta penderaan yang dialami oleh Rohingya dan komuniti lain di Myanmar.

    Wakil kanan EU dan menteri-menteri luar menyeru rejim tentera untuk mematuhi langkah sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), dan mengesahkan komitmen mereka agar pelaku bertanggungjawab atas perbuatan itu demi memastikan keadilan bagi rakyat Rohingya.

    Kenyataan itu menegaskan bahawa serangan ganas ke atas masyarakat Rohingya di Rakhine, Myanmar pada 2017, seperti membunuh, merogol, dan menyeksa ribuan lelaki, wanita dan kanak-kanak Rohingya membawa kepada penghijrahan besar-besaran dalam sejarah baru-baru ini dengan lebih 700,000 orang telah melarikan diri mereka ke negara jiran Bangladesh. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...