Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Faiq Bolkiah raih lebih masa bermain di Chonburi FC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Pemain sayap kebangsaan Brunei Darussalam, Faiq Jefri Bolkiah terus memperoleh lebih banyak masa bermain untuk kelab semasa, Chonburi FC dalam Hilux Revo Thai League 1 musim ini.

    Penyerang kebangsaan itu tampil sebagai pemain gantian ketika seri 1-1 dengan Bangkok United selepas menggantikan Rachata Moraksa tiga minit sebelum tamat di Stadium Chonburi di Chonburi, Thailand kelmarin.

    Faiq sebelum ini telah membuat dua permulaan liga berturut-turut berikutan prestasi penuh inspirasi yang menyaksikan dia hampir menjaringkan gol pertamanya.

    Pemain sayap itu turut melengkapkan perlawanan penuh dalam kekalahan 2-1 menentang BEC Tero Sasana.

    Beliau setakat ini telah mencatatkan dua assist sejak berpindah pada jendela perpindahan akhir tahun lalu.

    Bekas prospek belia Leicester City dan Chelsea itu membuat penampilan sulung profesional senior awal tahun ini dan setakat ini telah mengumpul lapan penampilan liga pada musim pertamanya di Thailand.

    Pemain berusia 23 tahun itu mengukir namanya dalam buku sejarah negara selepas menjadi pemain pertama mewakili kelab asing dalam liga profesional divisyen pertama.

    Faiq dan rakan sepasukannya akan berusaha untuk mendapatkan ketiga-tiga mata semasa kunjungan ke Chiangmai United dalam saingan liga pada 4 Mac.

    Pemain sayap kebangsaan itu juga mempunyai Piala FA Thailand dalam fikirannya menentang Bangkok United pada suku akhir sembilan hari kemudian.

    Aksi Faiq Jefri Bolkiah dalam perlawanan bolasepak antara Chonburi FC dan Bangkok United kelmarin. – Gambar serahan Chonburi FC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...