Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Farah sedia sertai London Marathon

    LONDON, 8 JULAI – Juara Olimpik empat kali, Mo Farah kelmarin menyatakan bahawa karier trek profesionalnya sudah berakhir tetapi dia akan beraksi pada Marathon London pada Oktober untuk melihat sama ada dia masih boleh bersaing di atas jalan raya.

    Warga Britain berusia 39 tahun itu turut membandingkan dirinya dengan bekas pemain tenis nombor satu dunia iaitu Andy Murray dan mengatakan pemain Scotland itu masih mempunyai semangat juang dalam dirinya.

    Walau bagaimanapun, badannya mungkin sudah memberinya isyarat bahawa zaman kegemilangannya telah pun berakhir.

    Farah beralih kepada kategori jarak jauh maraton dengan meraih kemenangan di Chicago dan menduduki tempat ketiga di London pada 2018 selepas dia memenangi emas Olimpik berganda pada 2012 dan 2016 dalam acara 5,000 serta 10,000 meter.

    Dia kembali ke trek pada tahun 2020 ketika pelari Britain itu menyasarkan untuk mara ke final Olimpik tetapi gagal untuk layak ke Sukan Tokyo tersebut.

    Keadaan bertambah buruk pada tahun ini apabila dia ditewaskan oleh pelari kelab semasa kembali beraksi di 10,000m London pada Mei lalu. – AFP

    Mo Farah akan menyertai larian pada Marathon London Oktober nanti bagi menguji kecergasannya. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...