Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Fareez Fauzi seronok berlakon ikut jejak ayah

    Diberi peluang menjayakan beberapa drama, penyanyi Fareez Fauzi mengakui mula jatuh cinta kepada bidang lakonan.

    Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi ini juga tidak menyangka bakat dalam dunia lakonan semakin mendapat perhatian walau memulakan kerjaya seni sebagai seorang penyanyi.

    “Kerjaya seni sekarang ini lebih cenderung ke arah lakonan. Bermula sebagai watak extra, saya kini sudah diberi kepercayaan sebagai watak utama.

    “Merasa sendiri pengalaman sukar yang dilalui oleh ayah sebagai seorang pelakon membuatkan saya mula jatuh hati dalam bidang ini.

    “Selain itu apabila berjaya membawakan sesuatu watak akan memberi lebih semangat untuk saya,” katanya kepada mStar.

    Fareez Fauzi mengakui mula jatuh cinta kepada bidang lakonan. – Agensi

    Fareez atau nama sebenarnya Muhd Fareez Hazwan Fauzi, 25, turut memberitahu bapanya sering berkongsi nasihat supaya tabah berhadapan dengan liku-liku dunia lakonan.

    Dalam pada itu, Fareez memberitahu dia turut dibimbing untuk mempunyai karakter tersendiri dan tidak terikut-ikut seperti lakonan bapanya.

    “Ayah jarang memberi tunjuk ajar secara terus, biasanya dia hanya akan beri bayangan sahaja atau rujukan lain untuk saya jadikan contoh.

    “Dia tidak mahu saya terikut-ikut gayanya dalam lakonan.

    “Semestinya dia menyokong perkembangan kerjaya saya dan sentiasa memberi nasihat supaya berhati-hati kerana dunia lakonan ini penuh berliku,” jelasnya.

    Fareez merupakan anak sulung Fauzi hasil perkahwinan pertama dan memulakan langkah dalam bidang seni selepas bergelar juara program nyanyian Mentor Milenia 2016. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...