Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Filipina, Indonesia digegar gempa bumi

    MANILA/JAKARTA, 18 JAN – Negara ASEAN, Filipina dan Indonesia hari ini masing-masing digegarkan dengan gempa bumi berukuran 7.3 dan 7.1 Skala Richter, namun tiada kemalangan jiwa dan tsunami dilaporkan.

    Di Filipina, gempa bumi menggegarkan pesisir pantai selatan Filipina, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi negara itu.

    Gempa bumi berlaku pada 2:06 petang waktu tempatan pada kedalaman 64 kilometer iaitu kira-kira 352 km dari tenggara wilayah Davao Occidental.

    Gempa itu dijangka mencetuskan gegaran susulan dan menyebabkan kerosakan, menurut institut berkenaan.

    Gegaran itu turut dirasai di sekitar Mindanao, pulau kedua terbesar Filipina.

    Peta menunjukkan lokasi kejadian gempa yang melanda Indonesia kelmarin.- AFP

    Dalam pada itu, dalam kejadian di Indonesia, gempa bumi menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia, menurut Xinhua yang memetik agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.

    Gempa bumi itu melanda pada 1:06 tengah hari waktu tempatan dengan pusat gempa terletak 141km ke tenggara daerah kecil Melonguane di daerah pulau Talaud dengan kedalaman 64 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

    Pada pukul 7.34 pagi tadi, Xinhua juga melaporkan gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan wilayah Gorontalo, Indonesia.

    “Tiada laporan mengenai bangunan dan rumah musnah, atau penduduk cedera akibat gempa itu,” kata jurucakap agensi pengurusan dan mitigasi bencana negara, Abdul Muhari tentang gempa pada awal pagi itu.

    Gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter juga dilaporkan melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia pada 8.34 pagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...