Wednesday, May 1, 2024
30.8 C
Brunei

    -

    Filipina lulus guna tenaga nuklear

    MANILA, 3 MAC – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah meluluskan penggunaan tenaga nuklear dalam campuran penjanaan tenaga negara itu, kata pejabat presiden hari ini.

    Duterte menandatangani perintah eksekutif untuk menjadikan program tenaga nuklear sebagai sebahagian satu dasar nasional.

    Program itu termasuk peringkat pembangunan infrastruktur tenaga nuklear dan melingkungi perancangan dan pembinaan, operasi, komersial dan selepas operasi loji tenaga nuklear.

    Perintah itu mengatakan negara itu ‘akan memastikan penggunaan aman teknologi nuklear dengan mengukuhkan rukun penting keselamatan awam, sekuriti negara, keefisienan tenaga mandiri dan kemapanan alam sekitar’.

    Jawatankuasa program tenaga nuklear antara agensi mengkaji permintaan berdaya maju projek-projek tenaga nuklear negara itu bagi laluan tenaga bersih untuk berkembang sebanyak 4.4 peratus setahun, memerlukan hampir 68 gigawatt kapasiti tambahan menjelang 2040.

    “Mempertimbangkan permintaan ini dan kehabisan sumber gas asli, tenaga nuklear akan memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada kapasiti yang dikehendaki untuk mencapai keselamatan tenaga terutamanya memenuhi keperluan negara berpendapatan atas-pertengahan yang semakin berkembang,” menurut perintah itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rumah kosong di Jepun cecah rekod baharu 9 juta

    TOKYO, 1 MEI - Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan...