Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Jerayawara Ulang Tahun ke-30 Bank Baiduri hujung minggu ini

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Bank Baiduri akan mengadakan Jerayawara Ulang Tahun ke-30 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini di Ruang Legar, The Mall, Gadong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan bank berkenaan, hari ini, jerayawara itu mengetengahkan Kempen From Dreams to Reality, With You Through Every Chapter yang merupakan salah satu daripada aktiviti yang diadakan tahun ini untuk memperingati legasi inovasi dan pertumbuhan bank.

    Kempen berkenaan menawarkan pelanggan pelbagai peluang untuk memperoleh penyertaan dalam cabutan bertuah, melalui produk daripada pelbagai pinjaman perumahan dan pembiayaan peribadi kepada rangkaian produk deposit yang pelbagai, di samping pilihan kad, insurans, program perbankan dan pilihan pelaburan.

    Tiga cabutan utama akan diadakan yang memberikan ganjaran kepada 18 pemenang di mana hadiah-hadiah dipilih dengan teliti untuk mencerminkan komitmen bank terhadap kemampanan dan mengejar pengalaman yang luar biasa.

    Antara hadiah yang ditawarkan adalah modal pelaburan, tiket-tiket percutian ke Mesir, Turkiye dan Afrika Selatan selain beberapa hadiah lainnya.

    Di samping itu, jerayawara berkenaan turut menyediakan pemeriksaan kesihatan kewangan dan insentif-insentif.

    Kempen berkenaan turut menampilkan vendor-vendor seperti Pelita Coffe, Little Miss Shaky Hands dan Gelato Haven.

    Meraikan tiga dekad pencapaian penting, Bank Baiduri telah memainkan peranan penting dalam kejayaan peribadi dan komersial dalam komuniti, daripada memenuhi memiliki rumah hingga ke perniagaan yang berkembang maju.

    GAMBAR FAIL
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...