Wednesday, May 22, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Rumah Terbuka StanChart Brunei peluang kukuhkan hubungan

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Lebih 600 orang telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Standard Chartered (StanChart) yang berlangsung di Tarindak D’Seni di sini, hari ini.

    Ketibaan para jemputan yang terdiri daripada kalangan pegawai-pegawai kanan kerajaan, para pelanggan, ahli perniagaan dan korporat, ketua-ketua perwakilan luar negara yang berada di Negara Brunei Darussalam serta rakan-rakan bank telah dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Brunei, Pengiran Aki Ismasufian bin Pengiran Haji Ibrahim.

    Dalam ucapannya pada majlis itu, Pengiran Aki Ismasufian antara lain menyatakan bahawa majlis seumpamanya adalah peluang terbaik bagi StanChart untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka bersama para klien, korporat dan rakan-rakan bank yang lain serta komuniti tempatan yang lain.

    Di samping itu, ia juga memberikan peluang kepada pihak bank untuk mengucapkan dan melahirkan perasaan terima kasih dan penghargaan kepada mereka yang telah pun memberikan sokongan berterusan.

    Beliau turut mengucapkan rasa syukur kerana StanChart Brunei dapat meraikan Aidifitri tahun ini bersama pelanggan dan berbesar hati dengan sokongan dan kepercayaan yang luar biasa daripada pelanggan dan rakan kongsi

    Turut hadir mengalu-alukan tetamu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kluster StanChart Indonesia dan Pasaran ASEAN, Rino Donosepoetro serta ahli-ahli kanan pasukan pengurusan.

    Pengiran Aki Ismasufian bersama antara jemputan yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rakyat Pakistan digesa berada dalam rumah berikutan gelombang haba

    ISLAMABAD, 22 MEI - Pihak berkuasa di Pakistan kelmarin menggesa orang ramai untuk tinggal di dalam rumah kerana negara itu dilanda gelombang haba melampau...