Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Final Kejohanan Badminton Terbuka Aewon sengit

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat menyaksikan Kejohanan Badminton Terbuka Aewon 2021 bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-75 yang berlangsung di Dewan Pusat Belia, Bandar Seri Begawan pada hari ini.

    Turut berangkat menyaksikan kejohanan tersebut ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.

    Berkenan menyertai kejohanan tersebut ialah anakanda Duli Yang Teramat Mulia, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Haji Nazmi bin Haji Mohamad dan Setiausaha Tetap (Pentadbiran, Kewangan dan Estet) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud. Pada perlawanan pusingan akhir Kategori Beregu Lelaki Bawah 14 Tahun (B-14), YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Dessen Chung Min Tin muncul naib juara setelah menempuhi dua set permainan yang cukup mantap dengan kemenangan menyebelahi gandingan Mohd Talipuddin Ermadena dan Mohd Haziq Roze dengan keputusan straight set 10-21, 13-21. Pada majlis berkenaan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota turut berkenan menyaksikan perlawanan akhir Kategori Perseorangan Lelaki Terbuka.

    Juara acara tersebut dimenangi oleh Mohd Iqbal Asyraf Muhammad selepas berjaya menewaskan Ahmad Mahyuddin Haji Abas dengan kemenangan 21-13, 22-20.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berkenan meraikan kemenangan YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dalam Kejohanan Badminton Aewon 2021 di Dewan Pusat Belia, Bandar Seri Begawan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan berangkat menyaksikan final kejohanan badminton tersebut. Turut berangkat YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim berkenan bergambar ramai bersama pemenang-pemenang Kategori Beregu Lelaki B-14.
    Aksi YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dengan gandingannya Dessen Chung Min Tin semasa final Kejohanan Badminton Terbuka Aewon 2021 kelmarin.
    Yang Berhormat Haji Nazmi semasa sesi gambar ramai bersama pemenang-pemenang Kategori B Beregu Lelaki Terbuka.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...