Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Foxconn labur AS$19.4 bilion di India

    MUMBAI, 14 SEPT – Syarikat elektronik Taiwan Foxconn akan melabur AS$19.4 bilion untuk mengeluarkan semikonduktor di India bersama konglomerat tempatan Vedanta, disokong oleh usaha New Delhi untuk merangsang sektor teknologi selepas kekurangan cip global.

    Semikonduktor adalah komponen penting dalam hampir kesemua peralatan elektronik moden, daripada telefon pintar kepada kelengkapan dapur dan kereta, tetapi pandemik koronavirus telah menjejas pengeluaran global dan pengeluar terkenal masih bergelut untuk memenuhi permintaan.

    India meluluskan pelan insentif bernilai AS$10 bilion pada Disember lalu untuk melancarkan industri domestiknya sendiri dengan membayar separuh daripada kesemua kos projeknya. Perjanjian yang diumumkan semalam adalah pelaburan paling tinggi dalam skim setakat ini dan akan melihat kilang pengeluaran dibina di negeri Perdana Menteri Narendra Modi di Gujarat.

    “Silicon Valley India semakin hampir dicapai sekarang,” kata pengerusi kumpulan Vedanta Anil Agarwal di Twitter semalam, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana membantu ‘mencapai perjanjian tersebut.’ Vedanta, salah sebuah syarikat perlombongan terbesar India, akan mengambil 60 peratus saham dalam usaha sama pembuatan cip.

    Manakala Foxconn, kilang pemasang iPhone terkenal dunia, akan mengambil saham minoriti. Kilang tersebut akan beroperasi pada 2024 dan juga akan menghasilkan skrin untuk telefon dan tablet, kata syarikat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...