Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Fury pertahankan gelaran juara heavyweight

    LONDON, 20 OKT – Tyson Fury akan mempertahankan gelaran juara heavyweight di dalam perlawanan menentang Derek Chisora di London pada 3 Disember selepas perundingan untuk bersemuka dengan Anthony Joshua gagal.

    Perlawanan menentang Chisora, yang pernah dikalahkan oleh Fury pada 2011 dan 2014, akan diadakan di stadium Tottenham Hotspur dan akan jadi pertembungan ‘Gypsy King’s’ yang pertama sejak pertarungan pusingan keenam menentang petinju tempatan, Dillian Whyte, pada April.

    Fury yang tak pernah kalah, yang mempertaruhkan tali pinggang WBC, menciap: ”Mari lakukannya Del Boy!!! Jumpa pada 3 Disember nanti, di London!” Pengurus Fury, Frank Warren berkata dia berasa teruja untuk mempertaruhkan gelaran juara Fury di hadapan peminat British.

    “Tyson ternyata telah menakluk Amerika sepanjang triloginya dengan Deontay Wilder dan ada banyak permintaan untuk mengadakan perlawanan di serata dunia,” katanya.

    “Tyson mahu berlawan di tanah airnya lagi tahun ini selepas melakukannya pada malam yang istimewa di Wembley Stadium pada April. Ini membawa kami ke stadium Tottenham Hotspur dengan satu perlawanan menentang seteru lama, Derek Chisora.”

    Warren menekankan rancangan Fury untuk menentang Oleksandr Usyk dalam satu perlawanan pada awal tahun depan. Petinju dari Ukraine itu sebelum ini berkata dia tiada hasrat untuk berlawan sebelum 2023.

    “Tyson tidak boleh melakukan sebarang kesilapan dalam perlawanan kali ini kerana kami sudah war-warkan perlawanan antara dua juara terkenal secara besar-besaran dan kami sangat berharap ia akan menjadi kenyataan pada tahun hadapan,” kata Warren. – AFP

    Aksi Anthony Joshua (kiri) menentang Oleksandr Usyk pada 25 September 2021. – ANN/The Straits Times
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...