Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Polis Belanda temui mayat budak dan penjaga

    HAGUE, BELANDA, 20 OKT – Selepas pencarian besar-besaran polis Belanda lewat kelmarin menemui sebuah kereta dengan dua mayat dipercayai kanak-kanak perempuan yang kurang upaya dan penjaganya, yang tenggelam di takungan air, lapor media tempatan.

    Beratus-ratus anggota polis dan sukarelawan melancarkan pencarian Hebe Zwart yang berusia 10 tahun dan penjaganya Sanne Bos, 26, yang hilang dalam keadaan misteri di selatan negara tersebut pada petang Isnin.

    Pencarian budak dan wanita muda yang hilang itu telah menyelubungi Belanda, dengan polis mengatakan mereka mengikuti ratusan petunjuk.

    Bos menjemput Zwart dari pusat jagaannya di bandar kecil Raamsdonksveer dan kedua-duanya dilihat kali terakhir pada Isnin di lebuh raya A59 antara bandar dan rumah Zwart di Vught.

    Lewat kelmarin, polis menulis menerusi halaman Twitter mereka telah menemui kereta yang dipandu Bos tenggelam dalam kawasan takungan air di pintasan berhampiran bandar selatan Den Bosch.

    Polis belum mengesahkan siapa yang berada di dalam kereta itu, kemudian jurucakap polis memberitahu penyiar nasional NOS mereka telah menemui dua mayat.

    “Kami mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa kedua mayat itu adalah Sanne dan Hebe,” kata pegawai itu.

    “Apa sebenarnya yang berlaku masih menjadi sebahagian daripada siasatan polis,” tambah NOS. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...