Thursday, December 7, 2023
23.5 C
Brunei

    -

    G20 berperanan bentuk dasar kesihatan global – Erdogan

    BALI, INDONESIA, 16 NOV – Kumpulan 20 (G20) ‘berperanan penting’ dalam membentuk dasar kesihatan global, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kelmarin.

    “Kemanusiaan memerlukan kepimpinan politik dan keazaman dari segi dasar kesihatan.

    “G20 mempunyai peranan penting dalam hal ini,” kata Erdogan ketika sesi kesihatan di Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Bali, Indonesia.

    Erdogan menekankan perlunya negara G20 mengambil pendekatan holistik dalam usaha memperkukuh sistem kesihatan global dan mengelak wabak penyakit masa depan, lapor agensi Anadolu.

    “Proses kerjasama penyelidikan dan pembangunan yang dimulakan oleh presiden G20 Indonesia dan disokong Turkiye berserta enam ahli lain sudah pasti akan memberi manfaat.

    “Turkiye secara aktif menyumbang kepada usaha global dengan mengambil pendekatan berpaksikan manusia semasa pandemik,” katanya.

    Beliau berkata Turkiye mementingkan keperluan kumpulan yang kurang bernasib baik.

    “Kami mengekalkan akses tanpa gangguan kepada perkhidmatan kesihatan untuk lima juta orang pelarian di negara kami,” katanya.

    Turkiye turut membantu 161 buah negara dan 12 buah organisasi antarabangsa dalam memerangi COVID-19 serta menyumbang lebih 6.3 juta dos vaksin kepada 19 buah negara, kata Erdogan. – Bernama

    Recep Tayyip Erdogan semasa menyampaikan ucapan pada sidang media dalam acara sampingan Sidang Kemuncak G20 di Nusa Dua, Bali, 16 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...