Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    NATO, EU teliti laporan peluru berpandu jatuh di Poland

    ANKARA, 16 NOV – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan Kesatuan Eropah (EU) sedang meneliti laporan berhubung insiden peluru berpandu disyaki milik Rusia mendarat di wilayah Poland.

    “NATO sedang memantau keadaan dan pihak perikatan sedang berunding rapat. 

    “Penting bahawa semua fakta diperoleh,” kata Setiausaha Agung NATO Jens Stoltenberg menerusi  Twitter semalam, lapor agensi Anadolu.

    Stoltenberg turut mengucapkan takziah atas kehilangan nyawa di Poland akibat insiden itu.

    “Bimbang mengenai laporan letupan di Poland, susulan serangan peluru berpandu ke atas bandar-bandar Ukraine,” menurut ciapan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen di Twitter.

    Sambil menyampaikan ucapan takziah, sokongan dan solidaritinya terhadap Poland dan Ukraine, von der Leyen berkata pihaknya memantau dengan teliti keadaan semasa dan berhubung dengan pihak berkuasa Poland serta rakan kongsi dan sekutu.

    Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dalam serangan peluru berpandu di perkampungan  Przewodow, timur Poland, beberapa kilometer dari sempadan Ukraine.

    Perkhidmatan kecemasan dan wakil tentera menjalankan tugas di ladang pengeringan bijirin di mana letupan berlaku sekitar 3:40 petang waktu tempatan, menurut Radio Lublin.

    Kawasan berhampiran tapak berkenaan telah ditutup. – Bernama

    Pegawai polis menyiasat di tapak tempat peluru berpandu jatuh dan membunuh dua lelaki di timur kampung Przewodow, Poland, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...