Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    G20: Indonesia tak berat sebelah seruan larangan ke atas Rusia

    JAKARTA, 24 MAC – Indonesia mengambil pendekatan tidak berat sebelah sebagai pengerusi bergilir Kumpulan 20 (G20), menurut perunding diplomatik tertinggi negara itu hari ini, susulan seruan meningkat agar Rusia dilarang daripada menyertai mesyuarat kumpulan itu.

    Dian Triansyah Djani mengeluarkan kenyataan itu selepas duta Rusia ke Indonesia mengesahkan kelmarin bahawa Presiden Vladimir Putin merancang menghadiri sidang kemuncak ketua-ketua negara pada November di Bali.

    Negara-negara Barat sedang menilai keahlian Rusia dalam kalangan ekonomi utama G20 kerana pencerobohannya ke atas Ukraine yang mencetuskan krisis pelarian di Eropah dan menggegarkan pasaran global.

    “Kami akan kekal sebagai pengerusi yang tidak berat sebelah dan akan mencari penyelesaian bagi sebarang isu yang mungkin timbul,” kata jurucakap bersama pada satu taklimat media. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...