Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    G20: Presiden Korea S lawat Kemboja, Indonesia

    SEOUL, 9 NOV – Presiden Korea Selatan Yoon Suk-yeol akan melawat Kemboja dan Indonesia minggu ini bagi menghadiri beberapa siri sidang kemuncak serantau melibatkan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) dan Kumpulan 20 (G20).

    Yoon akan berlepas ke Phnom Penh pada Jumaat dan menghadiri sidang kemuncak Korea Selatan-ASEAN, sidang kemuncak ASEAN +3 dan Sidang Kemuncak Asia Timur selama tiga hari, lapor Agensi Yonhap memetik penasihat keselamatan negara Kim Sunghan sebagai berkata semasa taklimat media.

    Yoon dijadualkan berlepas ke Bali pada Ahad dan menghadiri sidang kemuncak G20 pada Selasa.

    Beliau akan meninggalkan Indonesia pada hari yang sama dan dijangka tiba di tanah air awal Rabu. – Bernama

    Sukarelawan bergambar di lokasi sidang kemuncak ASEAN di Phnom Penh, Kemboja pada 9 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...