Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    G20: Putin tidak akan ke Bali

    JAKARTA, 10 NOV – Presiden Rusia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri sidang kemuncak pemimpin-pemimpin G20 di Indonesia minggu depan, kedutaan Moscow di Jakarta memberitahu AFP hari ini.

    Ia merupakan pengesahan pertama Rusia bahawa Putin tidak akan pergi ke pulau peranginan Bali bagi sidang kemuncak berkenaan, yang akan meletakkannya dalam bilik sama dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden buat kali pertama sejak serangan terhadap Ukraine pada Februari.

    “Saya mengesahkan (menteri luar) Sergei Lavrov akan mengetuai delegasi Rusia ke G20. Program Presiden Putin masih sedang diaturkan, dia mungkin menyertai secara maya,” kata Yulia Tomskaya, ketua protokol kedutaan berkenaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...