Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    G7 haramkan eksport emas ke atas Rusia

    ISTANA ELMAU, JERMAN, 26 JUN – Kuasa-kuasa dunia kelmarin telah bersetuju mengharamkan eksport emas dari Rusia, dalam tindakan bersepadu baharu untuk memutuskan talian hayat kewangan Moscow ketika pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) bertemu di selatan Jerman untuk memberi sokongan baharu kepada Ukraine.

    Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan rakan sejawatannya dari negara-negara paling maju di dunia berkumpul di Istana Elmau di Alps Bavaria sebelum mereka meneruskan kunjungan ke Madrid untuk berbincang dengan rakan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

    Mereka akan berusaha untuk bersatu menyokong Ukraine menentang pence-robohan Rusia sambil bergelut dengan kejatuhan global perang yang kini semakin sengit.

    Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, telah menyelubungi dunia dalam krisis bersiri termasuk inflasi yang melambung tinggi kepada krisis makanan yang menjulang dan kekurangan tenaga. Para pemimpin juga dijangka akan berhadapan dengan ancaman kemelesetan serta tekanan terhadap perubahan iklim.

    Dalam menunjukkan keazaman mereka untuk meningkatkan tekanan ke atas Moscow, G7 mengumumkan bahawa ia akan mengharamkan import emas Rusia yang dikatakan AS adalah eksport kedua terbesar untuk Rusia dan sumber pendapatan yang signifikan untuk Vladimir Putin serta sekutunya.

    Menurut kenyataan dari Rumah Putih, Rusia telah menyumbang kira-kira lima peratus daripada keseluruhan eksport emas pada tahun 2020 dan 90 peratus daripada keluaran Rusia juga ditujukan ke negara-negara G7. – AFP

    Presiden AS, Joe Biden, (kanan), semasa tiba di Lapangan Terbang Franz-Josef-Strauss di Munich, Jerman, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...