Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Galak murid baca Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi & Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan JPI

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Sekolah-sekolah agama di seluruh negara giat
    mengadakan majlis khatam Al-Quran bagi murid-murid yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum mereka menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.

    Antara yang mengadakan majlis seumpamanya kelmarin adalah Sekolah Ugama Amar Pahlawan yang meraikan seramai 32 orang murid Darjah 6 yang terdiri daripada 19 orang murid lelaki dan 13 orang perempuan.

    Hadir pada majlis itu ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah/Kawasan Brunei IIA, Bahagian Sekolah Ugama, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Dayang Suriati binti Haji Awang Mohamad.

    Majlis serupa juga diadakan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah sesi pagi, kelmarin, bagi meraikan seramai 52 orang murid Darjah 6 yang terdiri daripada 17 murid lelaki dan 35 murid perempuan.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Kampung Kawasan 3, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, Haji Mahir bin Mohd Yusof.

    Dayang Suriati menyampaikan sijil khatam kepada salah seorang pelajar yang diraikan di Sekolah Ugama Amar Pahlawan.
    Antara murid-murid yang diraikan di Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah sesi pagi.
    Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar yang diraikan di Sekolah Ugama Salambigar sesi pagi.
    Gambar ramai ahli jemaah tadarus Al-Quran Masjid Hassnal Bolkiah, Kampung Mentiri. – Gambar serahan Masjid Hassanal Bolkiah

    Sementara itu, baru-baru ini, Sekolah Ugama Salambigar sesi pagi meraikan seramai 27 orang murid iaitu 14 orang lelaki dan 13 orang perempuan di Dewan Kemasyarakatan CC2, Jalan 77,  RPN Lambak Kanan, Mukim Berakas.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei, Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Spry bin Haji Serudi @ Seruji.

    Majlis berkenaan antara lain bertujuan untuk menggalakkan murid-murid sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar seterusnya berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum mereka menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.

    Ia juga diadakan untuk menyahut seruan kerajaan melahirkan generasi celik Al-Quran selain mengeratkan kerjasama dan perpaduan antara para ibu bapa, penjaga, guru-guru dan murid-murid dalam sama-sama mengendalikan majlis-majlis keagamaan di sekolah.

    Dalam pada itu, ahli jemaah tadarus Al-Quran Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri mengucapkan kesyukuran selepas melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran dengan mengadakan majlis khatam Al-Quran di masjid berkenaan, hari ini.

    Amalan bertadarus Al-Quran yang diadakan setiap kali selepas sembahyang fardu Subuh berjemaah itu adalah sebagai salah satu cara untuk mengimarahkan masjid di samping bagi merebut pahala yang berlipat ganda.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...