Tuesday, May 7, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    GCC, AS sedia beri bantuan keselamatan makanan

    ANKARA, 17 JULAI – Anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengumumkan akan menyediakan bantuan bernilai AS$11 bilion untuk menangani cabaran keselamatan makanan serantau dan antarabangsa, lapor agensi Anadolu memetik agensi berita Arab Saudi (SPA).

    AS menyambut baik keputusan Kumpulan Penyelarasan Arab (ACG), yang dianggotai 10 institusi pembangunan kewangan untuk menyediakan sekurang-kurangnya AS$10 bilion sebagai respons kepada cabaran keselamatan makanan, menurut kenyataan bersama GCC dan AS pada sidang kemuncak Arab Saudi dan AS di Jeddah.

    Menurut kenyataan itu negara-negara GCC juga mengalu-alukan pengumuman bantuan AS sebanyak AS$1 bilion bagi keselamatan makanan jangka pendek dan jangka panjang untuk rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

    GCC turut merakamkan penghargaan atas penubuhan Pasukan Petugas Gabungan 153 dan Pasukan Petugas 59 yang akan bersama meningkatkan penyelarasan pertahanan antara negara anggota GCC dan US Central Command untuk memantau ancaman maritim. 

    Sidang kemuncak Arab Saudi dan AS yang diadakan kelmarin, turut dihadiri oleh Presiden Joe Biden, pemimpin dari negara-negara GCC, Mesir, Iraq dan Jordan. – Bernama

    (Dari kiri) Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi; Raja Bahrain Hamad bin Isa bin Salman al-Khalifa; Presiden AS Joe Biden; Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman; Raja Jordan Abdullah II; Sheikh Tamim bin Hama al-Thani dari Qatar dan Putera Mahkota Kuwait Meshal al-Ahmad al-Jaber al-Sabah semasa sesi bergambar ramai pada persidangan GCC+3 di Arab Saudi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...