Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Takaful rai pemenang cabutan bertuah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Siapa sangka, nasib menyebelahi Ang Aik Siong apabila berjaya memenangi wang tunai $15,000 dalam Cabutan Bertuah Dua Bulan Sekali SANANG2 MANANG yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah One City hari ini.

    Manakala tempat kedua, Hajah Suraini binti Awang Shahir membawa pulang hadiah wang tunai $6,000 dan Dayang Sarinah binti Haji Bakar pula memenangi $2,000 serta tujuh lagi pemenang lain masing-masing membawa pulang wang tunai $1,000.

    Hadir menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah dalam acara itu ialah Timbalan Ketua Pegawai Operasi Takaful Brunei, Haji Maszaiwardy bin Haji Masri.

    Ang Aik Siong telah diwakili isterinya, Kelly Tan yang mengongsikan perasaan terkejut dan gembira memenangi hadiah itu. Beliau dan suami turut mengucapkan terima kasih kepada Takaful Brunei atas kempen untuk menghargai pelanggan.

    Menurutnya, aplikasi mudah alih Takaful Brunei memberi kemudahan dan keselesaan kepada mereka kerana tidak perlu lagi berurusan ke kaunter-kaunter untuk mendapatkan insurans perlindungan kenderaan mereka.

    Haji Maszaiwardy bergambar ramai bersama para pemenang dalam cabutan bertuah yang berlangsung di Kompleks Membeli-belah One City, kelmarin. – Gambar oleh James Kon
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...