Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Gelombang haba cetus kebakaran di Greece

    ATHENS, 24 JULAI – Greece hari ini bergelut memadamkan tiga kebakaran hutan besar di seluruh negara yang memaksa ratusan penduduk berpindah, ketika suhu melampau menimbulkan kebimbangan berlakunya lebih banyak kebakaran.

    Negara itu dicengkam gelombang haba yang bermula semalam dan dijangka berlarutan selama 10 hari. Suhu dijangka naik kepada 42 darjah Celsius di sesetengah rantau. Pakar menyalahkan perubahan iklim ke atas suhu meningkat dan mengingatkan keadaan akan menjadi lebih teruk.

    Kebakaran melanda di kawasan utara, timur dan selatan Greece, termasuk pulau Lesbos. Api telah memusnahkan 500 hektar hutan jarang setakat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...