Tuesday, May 7, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Gempa bumi gegar wilayah Fukushima

    TOKYO, 21 OKT – Gempa bumi dengan bacaan awal bermagnitud 5.1 melanda Wilayah Fukushima hari ini, lapor Xinhua, memetik agensi kaji cuaca di sini.

    Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran berlaku pada pukul 3:19 petang waktu tempatan (0619 GMT), berpusat di luar pesisir dengan pusat gempanya pada latitud 37.4 darjah utara dan longitud 141.3 timur.

    Agensi itu juga berkata gempa itu berlaku pada kedalaman 30 km. Gempa bumi mencatatkan gegaran dengan bacaan terendah 5 pada skala intensiti seismik Jepun dengan bacaan itu memuncak pada skala 7 di beberapa buah kawasan di wilayah Fukushima, menurut JMA.

    Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan besar akibat gempa itu.

    Badan pemantau nuklear Jepun tidak melaporkan sebarang keadaan luar biasa di stesen jana kuasa nuklear, termasuk loji janakuasa nuklear Daiichi di Wilayah Fukushima yang dilanda tsunami. – Bernama  

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ketua IAEA bimbang aktiviti nuklear semakin meningkat

    TEHRAN, 6 MEI - Ketua badan pemantau atom PBB, Rafael Grossi tiba di Iran hari ini, di mana beliau dijangka berucap pada persidangan dan...