Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Gempa kuat gegar Indonesia, Filipina

    JAKARTA, 14 MAC – Gempa bumi kuat telah melanda barat Indonesia dan pulau utama Filipina awal hari ini, menggegarkan bangunan-bangunan dan menyebabkan penduduk panik melarikan diri, tetapi tiada korban jiwa atau kerosakan dilaporkan.

    Di Indonesia, gempa bumi berukuran 6.7 magnitud melanda pantai barat pulau Sumatra dan di Filipina, gema 6.4 magnitud melanda 110 kilometer luar pesisir pulau Luzon, menurut agensi Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

    Pegawai di kedua-dua buah negara berkata, tiada laporan segera mengenai korban jiwa atau kerosakan dan tiada ancaman tsunami daripada kedua-dua gempa.

    Gempa di Indonesia melanda pukul 4:06 pagi pada kedalaman 21 kilometer, dengan pusat gempa 167 kilometer dari barat bandar Pariaman, Sumatera.

    “Gempa bumi kuat dirasakan selama seminit. Pendu-duk jadi panik disebabkan aktiviti geologi itu,” menurut Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan (BNPP) Indonesia dalam satu kenyataan.

    Ia paling kuat dirasakan di pulau-pulau Nias dan Hibalas, Sumatra Utara, yang tidak padat penduduk dan di mana penduduknya tinggal dalam rumah-rumah kayu.

    Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia (BKMG) berkata, gegaran awal diikuti dengan gegaran susulan yang kuat.

    Di Filipina, gempa luar pesisir berlaku pukul 5:05 pagi waktu tempatan, dengan penduduk di ibu negara Manila terbangun disebabkan gegaran bangunan.

    Tetapi Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina berkata kerosakan tidak dijangkakan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...