Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Gereja runtuh, tiga maut di Nigeria

    PORT HARCOURT, NIGERIA, 12 JAN – Sekurang-kurangnya tiga orang, termasuk dua kanak-kanak terbunuh dan 18 orang lagi berjaya diselamatkan apabila sebuah gereja runtuh di selatan Nigeria, kata polis hari ini.

    Bangunan runtuh adalah perkara biasa di negara paling ramai penduduk di Afrika, di mana berjuta-juta orang tinggal dalam struktur usang dan piawaian pembinaan sering tidak diendahkan.

    Gereja itu runtuh kelmarin di pinggir Okpanam di Asaba, ibu kota Delta State, kata jurucakap polis tempatan, Bright Edafe.

    Sebelas daripada mereka yang diselamatkan masih dirawat di hospital, tambahnya.

    Media tempatan berkata bangunan itu runtuh ketika upacara malam diadakan.

    Piawaian bangunan telah menjadi perhatian sejak bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan runtuh di Lagos pada November lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 45 orang. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...