Saturday, June 10, 2023
22.6 C
Brunei

    -

    Graphjet pembekal utama bahan mentah Toyoda

    KUALA LUMPUR, 1 JUN – Toyoda Trike Inc, pembuat dan pengeluar kenderaan elektrik dan motosikal elektrik Jepun, akan bekerjasama dengan Graphjet Technology Sdn Bhd untuk mendapatkan bekalan grafit dan grafin bagi pengeluaran basikal elektriknya, kata Toyoda Trike dalam satu kenyataan kelmarin.

    Graphjet menukar cangkerang isi-rung sawit kepada grafit dan grafin serta disebut-sebut sebagai satu-satunya syarikat yang mempunyai keupayaan tersebut.

    Ketua Pegawai Eksekutif Toyoda, Trike Toyoda Misako berkata, Graphjet akan menjadi pembekal bahan mentah utama untuk pengeluaran basikal elektriknya.

    Toyoda Trike ialah sebuah syarikat persendirian di Jepun yang mengkhususkan dalam penyelesaian mobiliti neutral karbon seperti kenderaan elektrik dan motosikal.

    Pemegang saham terbesarnya ialah keluarga Toyoda, iaitu generasi keempat pembuat kereta Toyota Corporation. Bersama-sama dengan Asia Development Capital Co. Ltd (ADC) yang tersenarai di Tokyo dan Toyota Corporation, mereka memiliki lebih daripada 80 peratus pegangan dalam Toyoda Trike.

    Grafin dan grafit turut digunakan untuk membuat komponen-komponen lain basikal elektrik selain daripada bateri.

    Pengarah Urusan Graphjet, Jay Aw berkata, perkongsian itu akan membantu mempercepatkan penggunaan penyelesaian mobiliti neutral karbon di Malaysia dan Asia Tenggara kerana rancangan itu adalah untuk memasarkan basikal elektrik di Malaysia dan bahagian lain di Asia Tenggara.

    Memandangkan kepentingan bahan mentah utama seperti grafin dan grafit, Graphjet akan memastikan kesesakan logistik dan gangguan rantaian bekalan adalah minimum. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea S sasar hubungan sihat dengan China

    SEOUL, 9 JUN - Penasihat keselamatan Korea Selatan, hari ini berkata negara itu berhasrat untuk mewujudkan hubungan sihat dengan China yang menekankan amalan saling...
    - Advertisment -