TOKYO, 4 DIS – Tiga guru wanita yang sebelum ini bekerja di sebuah sekolah taska di wilayah Shizuoka tengah Jepun telah ditahan hari ini kerana berulang kali mendera anak damit semasa dalam jagaan mereka, lapor media tempatan.
Guru-guru itu ditahan beberapa jam selepas polis menggeledah sekolah swasta, Sakura Hoikuen di Bandar Susono, menurut laporan hari ini.
Ini berlaku selepas pendedahan pada Rabu yang guru tersebut terlibat dalam 15 kes penderaan antara Jun dan Ogos, termasuk memegang kaki kanak-kanak berusia setahun yang dijaga mereka dalam keadaan terbalik, menanggalkan seluar dan mengancam anak damit dengan pisau. – Xinhua