Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Harden kekal bersama Sixers

    WASHINGTON, 21 JULAI – Bintang NBA, James Harden telah bersetuju dengan perjanjian dua tahun bernilai AS$68.6 juta untuk kekal bersama Philadelphia 76ers, sumber liga memberitahu Philadelphia Inquirer kelmarin.

    Akhbar tersebut hanyalah salah satu daripada media Amerika Syarikat (AS) yang melaporkan mengenai perjanjian berkenaan. Perjanjian itu dibuat kurang daripada sebulan selepas Pemain Paling Bernilai (MVP) NBA 2018 itu menolak tawaran opsyen pemain bernilai AS$47.4 juta untuk musim akan datang supaya 76ers dapat meningkatkan senarai pilihan pemain mereka.

    Harden dilaporkan akan memperoleh AS$33 juta pada musim 2022-23 dalam perjanjian itu yang juga termasuk opsyen pemain AS$35.6 juta bagi 2023-24. Sementara Harden menunggu perjanjiannya ditawarkan, Sixers telah menandatangani penyerang veteran, P.J. Tucker dan Danuel House.

    Harden yang juga pemain pilihan 10 kali All-Star, tiba di Philadelphia dari Brooklyn pada tarikh akhir perpinda-han musim lalu dalam perjanjian yang diuar-uarkan mengenai perpindahan Ben Simmons ke Nets.

    Dia mencatatkan purata sebanyak 21 mata, 10.5 assists dan 7.1 rebounds dalam 21 perlawanan musim biasa bersama Philadelphia.

    Selepas 76ers tewas di tangan Miami Heat pada pusingan kedua play-off sebelum ini, Harden berkata dia akan melakukan apa sahaja untuk membantu pasukan itu terus berkembang dan berada di kedudukan mereka yang selayaknya. – AFP

    James Harden mempersetujui perjanjian dua tahun bernilai AS$68.6 juta untuk kekal bersama Philadelphia 76ers. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...