Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Harga minyak turun didorong kebimbangan kemelesetan

    ANKARA, 19 SEPT – Harga minyak susut sedikit hari ini susulan permintaan yang lemah berpunca daripada kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi dunia, selain pengukuhan dolar AS yang menghalang pelabur berdagang dalam minyak yang berindekskan dolar AS, lapor Anadolu.

    Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$91.30 setong pada 9:26 pagi waktu tempatan, susut 0.05 peratus berbanding harga penutupan AS$91.35 setong pada sesi dagangan sebelumnya.

    Penanda aras Amerika West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada AS$84.19 setong, turun 0.67 peratus berbanding ditutup pada AS$84.76 setong pada sesi sebelumnya.

    Walaupun laporan pasaran oleh OPEC dan Agensi Tenaga Antarabangsa (EIA) menganggarkan permintaan ke atas minyak global meningkat pada tahun ini dan tahun depan, dengan permintaan melepasi paras pra-COVID pada 2023, sekatan permintaan ekoran kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi global, menjejaskan harga.

    Menurut OPEC, penggantian gas kepada minyak untuk penjanaan kuasa dan penggunaan oleh sektor perindustrian di OECD Eropah dan Asia, mewakili komponen penting dalam prospek permintaan bagi tahun itu.

    EIA juga mengunjurkan peningkatan dalam permintaan, namun memberi amaran mengenai kedudukan ekonomi China yang goyah, selain kelembapan berterusan dalam ekonomi OECD. – Bernama

    Api membakar di Venture Global LNG di Cameron pada 21 April 2022. Harga minyak susut sedikit pada Isnin susulan permintaan yang lemah berpunca daripada kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi dunia – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...