Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Harigae mendahului Terbuka AS Wanita

    WASHINGTON, 3 JUN – Pemain Amerika Syarikat (AS), Mina Harigae membuat pukulan tujuh-bawah-par 64 untuk mendahului satu pukulan di hadapan Ingrid Lindblad selepas pusingan pembukaan yang berlangsung di Terbuka AS Wanita ke-77, kelmarin.

    Dalam pertandingan tersebut, Harigae telah melakukan sembilan pukulan birdie dan dua bogey untuk mendahului dalam perlawanan tersebut selepas Lindblad mendahului perlawanan di Pine Needles, Pine Selatan, Carolina Utama.

    Pemain berusia 32 tahun itu, adalah salah seorang daripada pemegang rekod 18-lubang 63 Terbuka AS Wanita, di mana sebelum ini pernah dipegang oleh Helen Alfredsson pada tahun 1994.

    Sementara itu, Lindblad, 22, seorang pemain amatur dalam kejohanan yang memperolehi mata terendah dalam sejarah. Namun, dia hanya memerlukan 26 pukulan.

    Pusingan tersebut menandakan ia adalah kali pertama sejak 1999 bahawa dua pemain golf melakukan pukulan ke 65-lubang atau lebih baik dalam pertandingan utama. Selain itu, Minjee Lee dari Australia, adalah juara bagi Piala Founders LPGA yang diadakan pada bulan lalu, berkongsi tempat ketiga dengan pemain AS, Ryann O’Toole dan Anna Nordqvist dari Sweden.

    Harigae belum pernah merangkul gelaran juara LPGA, walaupun menamatkan kejohanan utama dengan bagus, tetapi berkongsi kedudukan ke-13 pada Terbuka Britain Wanita yang berlangsung tahun lalu dan Kejohanan PGA Wanita 2020.

    Namun pada kejohanan kali ini, Harigae telah melakukan pukulan birdie berulang kali, menambah dua lagi pada lubang keempat dan keenam serta menamatkan lubang kesembilan dengan satu lagi pukulan birdie, sekaligus berjaya melepasi halangan di padang golf Pine Neddles yang mencabar.

    Selepas melakukan bogey pada par-lima ke-10, dia sekali lagi melakukan pukulan birdie berturut-turut pada lubang ke-12 dan par-tiga ke-13, sekali gus dengan pukulan bogey pada lubang ke-14. Manakala, ditambah lagi dengan birdie pada par-lima ke-15 dan chip-in birdie pada par-tiga ke-16 untuk mendahului kejohanan tersebut. – AFP

    Aksi Mina Harigae semasa melakukan pukulan tee pada pusingan pertama dalam Terbuka AS Wanita ke-77 di Pine Needles. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...