Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Harry Styles dibaling botol oleh penonton

    Penyanyi Harry Styles terpaksa menghentikan persembahan selepas seorang penonton membaling botol ke arahnya.

    Rakaman video yang tular itu menunjukkan Harry, 28, membongkok kesakitan pada bahagian paha selepas dibaling dengan botol air oleh peminatnya.

    Penyanyi itu terpaksa menahan kesakitan sebelum meneruskan persembahannya di sebuah konsert di United Center di Chicago.

    “Ini satu perkara yang sungguh malang,” kata Harry.

    Memetik laporan mirror.co.uk, penyanyi lagu As It Was itu bercakap dengan peminat beberapa saat sebelum terpaksa menghentikan seketika persembahannya.

    Sementara itu, Harry dilihat menunjukkan tanda-tanda tidak selesa selepas kejadian itu berlaku.

    “Okay lupakan sahaja, semuanya sudah baik-baik sahaja,” katanya.

    Ini bukanlah kali pertama Harry dibaling objek ketika berada di atas pentas.

    Pada awal bulan Ogos lalu, peminat telah membaling nuget ayam kepada bekas ahli kumpulan One Direction ini sewaktu bersiaran dalam program Love On Tour.

    Insiden itu berlaku selepas dia berjaya memecah sejarah dengan penjualan single dan album terlaris tahun ini menerusi lagu hit As It Was dan album studio ketiganya, Harry’s House. – Agensi

    Harry Styles terpaksa menghentikan persembahan selepas seorang penonton membaling botol ke arahnya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...