Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Dua unit alat timbangan diuji sah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Dua unit alat timbangan jenis brake tester yang digunakan dalam perkhidmatan Stesen Pemeriksaan Kenderaan (VIS) oleh dua buah syarikat didapati sah, tepat dan berdaftar.

    Dapatan itu adalah hasil daripada pemeriksaan dan penelitian ketepatan alat timbangan berkenaan yang dikendalikan oleh Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi pada 17 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan SDT, pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan bagi dua unit alat timbangan berkenaan yang digunakan dalam perkhidmatan VIS oleh Syarikat Setia Motor Sdn Bhd dan Syarikat

    Bengkel Kereta Berakas Sdn Bhd adalah sah, tepat dan berdaftar.

    Ia adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, Peraturan-peraturan (Penelitian) Alat-Alat Sukatan dan Timbangan 1994, di bawah Seksyen 3(1).

    Para peniaga dan pengguna alat sukat dan timbang juga dikehendaki untuk sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan (Penelitian) Alat-alat Sukatan dan Timbangan 1994, di bawah Seksyen 3(2), setiap orang yang menggunakan atau ada pada miliknya untuk kegunaan perdagangan mana-mana timbangan, sukatan alat-alat untuk menimbang yang tidak dicap sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan ini adalah bersalah.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel sdt@mofe.gov.bn.

    Alat timbangan jenis brake tester yang digunakan dalam perkhidmatan Stesen Pemeriksaan Kenderaan diperiksa dan diteliti. – Gambar serahan SDT
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...