Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

    NEW DELHI, 5 OKT – Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung di Uttarakhand, utara India, hari ini.

    Menurut Pegawai Tinggi Polis negeri, Ashok Kumar, ketika kejadian bas yang membawa 45 tetamu itu sedang melalui lebuh raya di kawasan pergunungan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 500 meter.

    “Daripada jumlah itu, 20 berjaya diselamatkan,” katanya kepada AFP.

    Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi, berkata kerajaan akan memberi bantuan kepada semua mangsa yang terselamat.

    “Saya turut berduka bersama semua keluarga mangsa ketika tempoh sedih ini,” katanya di Twitter hari ini.

    Uttarakhand yang sering menjadi nahas maut jalan raya sering dikunjungi orang ramai yang ingin melawat tapak peninggalan agama.

    Jun lalu, lebih 20 turut maut apabila bas dinaiki mereka terjunam ke dalam gaung ketika perjalanan ke kuil Hindu Yamuna di ibu negeri Dehradun.

    Menurut laporan Bank Dunia, India menyumbang sebanyak 11 peratus jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya di dunia.

    Laporan sama turut menganggarkan kira-kira 150,000 kematian akibat kemalangan kereta di India berlaku setiap tahun, atau seorang bagi setiap empat minit. – AFP

    Video serahan KK Productions menunjukkan anggota menyelamat mengeluarkan seorang penumpang dari sebuah bas yang terjatuh ke dalam gaung di daerah Pauri, utara Uttarakhand, India kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...