Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Hasrat The Reds raih mahkota belum tamat

    LIVERPOOL, 14 APRIL – Liverpool menempah perlawanan separuh akhir Liga Juara-juara menentang Villarreal ketika pemburu empat kali itu terselamat daripada tersingkir ketika seri 3-3 menentang Benfica, kelmarin.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp sudah pun mempunyai tempat dalam kelompok empat terakhir selepas menang 3-1 pada aksi suku akhir pertama di Lisbon.

    Mereka berada dalam kawalan untuk tempoh yang lama dalam perlawanan kedua di Anfield, tetapi terpaksa bertahan sebelum mara secara agregat 6-4 selepas kemerosotan luar biasa pada peringkat penutup.

    Ibrahima Konate meletakkan pasukan Liverpool mendahului sebelum Goncalo Ramos menyamakan kedudukan pada lewat separuh masa pertama.

    Sementara itu, Roberto Firmino menjaringkan dua gol selepas separuh masa pertama, kedudukan seri tersebut kelihatan telah berakhir.

    Aksi Roberto Firmino bersaing dalam perebutan bola dengan Julian Weigl semasa perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-juara di antara Liverpool dan Benfica di Stadium Anfield, Liverpool. – AFP

    Bagaimanapun, Roman Yaremchuk dan Darwin Nunez membuat asakan untuk Benfica memberikan sekelumit peluang kepada pasukan pelawat membebaskan diri, sebelum Liverpool akhirnya menyamakan kedudukan.

    Pasukan Reds akan menentang kelab Sepanyol, Villarreal pada separuh akhir ketika mereka berhasrat untuk mara ke final Liga Juara-juara ke-10 dan merangkul kejuaraan ketujuh dalam pertandingan tersebut.

    Sementara itu, walaupun kemenangan memberangsangkan Villarreal ke atas Bayern Munich dan Juventus dalam dua pusingan terakhir, Liverpool akan menjadi pasukan pilihan untuk mara ke final Liga Juara-juara ketiga dalam lima musim terakhir.

    Perkara tersebut akan meletakkan mereka selangkah lebih dekat dengan kemenangan yang luar biasa dari keempat-empat trofi utama dalam satu kempen.

    Dengan pelan permainan yang ketara, Klopp dapat mengekalkan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Virgil Van Dijk untuk bersedia ketika dia bermula dengan bintang pemainnya yang berada di bangku simpanan.

    Klopp melakukan tujuh kali pertukaran daripada keputusan seri 2-2 pada Ahad lalu dengan pendahulu Liga Perdana, Manchester City apabila dia memilih untuk mengekalkan pemain bintangnya untuk perlawanan separuh akhir Piala FA pada Sabtu nanti menentang pasukan Pep Guardiola di Wembley.

    Perkara tersebut tidak dapat dielakkan, barisan pemain Liverpool yang banyak berubah mengambil sedikit masa untuk memulakan rentak mereka selepas bertafakur untuk menandakan ulang tahun ke-33 tragedi Hillsborough pada Jumaat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...