Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hatrik Beth Mead bantu England benam Norway

    BRIGHTON, UNITED KINGDOM, 12 JULAI – England mencatatkan kemenangan terbesar dalam sejarah Kejohanan Eropah sekali gus menempah tempat suku akhir pada Isnin nanti apabila hatrik Beth Mead menyempurnakan kemenangan bergaya Norway 8-0 kelmarin.

    Skuad kendalian Sarina Wiegman itu menjaringkan enam gol pada separuh masa pertama dalam usaha untuk memecahkan rekod kemenangan Euro wanita mereka sendiri sebelum ini apabila menewaskan Scotland 6-0 pada 2017.

    Tiada pasukan, sama ada lelaki atau wanita, pernah menjaringkan lapan gol di Kejohanan Eropah sehinggalah England berdepan Norway di Brighton semalam.

    Penalti Georgia Stanway seawal minit ke-12 meletakkan England di hadapan diikuti dengan rembatan Lauren Hemp tiga minit kemudian.

    Norway bertambah buntu apabila Ellen White dan Mead masing-masing menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama. Menyedari status mereka sebagai pesaing utama bagi memenangi kejohanan di tanah sendiri, England terus mendominasi perlawanan selepas waktu rehat.

    Reaksi Beth Mead selepas menjaringkan gol keempat semasa perlawanan bola sepak Kumpulan A Euro Wanita 2022 UEFA di Stadium Komuniti Brighton and Hove di Brighton kelmarin. – AFP

    Alessia Russo menambah kesengsaraan Norway apabila dia menjaringkan gol ketujuh yang memecahkan rekod terdahulu dan Mead menyempurnakan hatriknya untuk mengakhiri persembahan menakjubkan daripada Lionesses.

    Kemenangan England menjamin kedudukan mereka menduduki tempat teratas Kumpulan A dengan baki satu perlawanan.

    Mereka akan berdepan Ireland Utara di Southampton pada Jumaat ini sebelum kembali ke Brighton pada Rabu depan bagi menentang naib juara Kumpulan B, yang menampilkan Jerman dan Sepanyol, pada suku akhir.

    Seramai 28,847 orang penonton hadir bagi menyaksikan persembahan yang luar biasa itu.

    Sekali-sekala kedengaran laungan ‘football’s coming home’ ketika England di bawah kendalian Wiegman mencatatkan kemenangan tanpa kalah pada perlawanan ke-16 mereka.

    “Ia ialah malam yang sangat istimewa. Kami tidak menjangkakan untuk mendapat kemenangan besar seperti ini. Kami benar-benar mengeksploitasi kelemahan mereka dan kami sangat gembira,” kata Wiegman. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...