Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Henley dahului Matsuyama 2 pukulan

    LOS ANGELES, 16 JAN – Russell Henley membuat pukulan lima birdie dalam tiga-bawah par 67 kelmarin untuk kekal di atas carta pendahulu di Terbuka Sony, di mana juara Masters, Hideki Matsuyama ketinggalan dengan dua pukulan.

    Henley, yang memenangi satu daripada tiga gelaran PGA AS dalam penampilan sulungnya di Terbuka Sony pada 2013, tidak dapat beraksi dengan baik pada Jumaat lalu di Waialae Country Club.

    Tetapi pukulan 18-bawah par dari keseluruhan 192 telah mencukupi untuk berada di hadapan Matsuyama, yang melonjak dalam carta dengan tujuh-bawah par 63 dengan tujuh birdies.

    Henley melakukan bogey pada awal permainan dengan birdie pada lubang ketujuh dan kesembilan untuk membuat menjadikan kedudukan satu-bawah.

    Selepas birdie 14-kaki pada lubang ke-11 dia membuat pukulan pada pukulan ke-13 sebelum melonjakkan pendahuluannya kepada dua pukulan dengan birdie pada lubang ke-15 dan 16-kaki birdie semasa pukulan ke-17.

    Dia tidak gagal mendapatkan peluangnya dengan par-lima ke-18, di mana dia berada di bahagian kanan tee dan pukulan keduanya tersasar 150 ela ke pin.

    “Saya cuba meletakkannya lebih kepada seperti jarak dekat, supaya saya boleh menyerang pin itu,” kata Henley. “Saya hanya tersalah membuat penilaian kerana keadaan sukar.”

    Walau bagaimanapun, secara keseluruhan, Henley berpuas hati dengan pusingannya.

    “Saya fikir ia tidak semudah seperti dua hari pertama,” kata Henley, yang menamatkan pusingan pertama 62 dengan 63 pada Jumaat lalu dengan dua eagles. “Ia bukan cara golf dimainkan biasanya. Saya tidak merancang untuk membuat bogey, tetapi pastinya tidak menjangkakan untuk membuat pukulan lapan-bawah lagi.

    “Tetapi pada masa yang sama, saya merasa permainan saya hari ini sangat bagus. Saya tidak pernah merasa cemas atau terlalu mendahului diri saya sendiri.” – AFP

    Aksi Russell Henley memainkan pukulan dari tee ke-17 semasa pusingan ketiga kejohanan golf Terbuka Sony, 15 Januari di Waialae Country Club, Honolulu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...