Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Hukuman pesalah pecah rumah dikurangkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Mahkamah Rayuan pada 19 November lalu telah mengemas kini hukuman penjara empat tahun berserta enam sebatan terhadap pesalah pecah masuk rumah kepada penjara empat tahun dengan dua sebatan disebabkan pengakuan bersalah awalnya.

    Pendakwa Syafina Abdul Hadzid membantu Mahkamah Rayuan berhubung kes membabitkan Mohammad Abdul Azim bin Haji Azahar tersebut.

    Perayu mengaku bersalah pada 3 Ogos 2021 atas empat pertuduhan pecah rumah, pecah rumah pada waktu malam dan cubaan pecah rumah.

    Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan Michael Peter Burrel, bersama Hakim Michael Lunn dan Conrad Seagroatt, menyemak semula hukuman sebat untuk mencerminkan pendekatan yang adil terhadap prinsip keseluruhannya.

    Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara kerana mendapati hakim yang menjatuhkan hukuman itu telah memutuskannya dengan tepat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...