Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Ibu bapa boleh bantu perbaiki prestasi murid

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Sekolah Chung Hwa Kiudang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Ibu bapa, penjaga dan pihak sekolah boleh bekerjasama untuk membantu memperbaiki prestasi para murid dalam peperiksaan mereka.

    Sehubungan itu, Sekolah Chung Hwa Kiudang, baru-baru ini, telah mengadakan Taklimat Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2023 untuk ibu bapa dan penjaga murid-murid Tahun 6 yang berlangsung di dewan mini sekolah berkenaan.

    Taklimat telah dikendalikan oleh pengetua sekolah, Loo Shee Yun bersama guru-guru Tahun 6 sekolah berkenaan di mana ia bermatlamat untuk mengongsikan sasaran pencapaian yang ditetapkan bagi setiap mata pelajaran kepada ibu bapa dan penjaga supaya semua pihak dapat bekerjasama rapat ke arah memperbaiki prestasi para murid berkenaan.

    Semasa taklimat itu, guru-guru Tahun 6 turut mengongsi strategi mereka untuk membantu para murid mencapai sasaran mereka bagi PSR. Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab daripada ibu bapa dan penjaga murid-murid.

    Loo Shee Yun bergaul bersama ibu bapa pelajar semasa sesi taklimat PSR 2023 di sekolah berkenaan.
    Loo Shee Yun mengetuai sesi taklimat PSR 2023 yang berlangsung di dewan mini, Sekolah Chung Hwa Kiudang, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...