Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    IHP Julai 2022 menurun 0.1%

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Julai 2022 menurun sebanyak 0.1 peratus bulan ke bulan berbanding Jun 2022 disebabkan penurunan Indeks Bukan Makanan sebanyak 0.3 peratus.

    Walau bagaimanapun, Indeks Makanan dan Minuman Ringan menunjukkan peningkatan sebanyak 0.9 peratus.

    Berbanding Julai 2021, IHP meningkat sebanyak 4.1 peratus dengan peningkatan IHP itu adalah selaras dengan peningkatan harga makanan dan minuman ringan dan bukan makanan masing-masing sebanyak 6.8 peratus dan 3.5 peratus.

    Peningkatan harga makanan dan minuman ringan adalah disebabkan kenaikan harga makanan seperti minyak dan lemak sebanyak 25.7 peratus, daging 13.2 peratus serta ikan dan makanan laut 7.1 peratus.

    Peningkatan harga minyak masak terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga minyak masak dari negara-negara pembekal.

    Manakala kenaikan harga daging ayam adalah penyumbang utama kepada peningkatan harga daging disebabkan kos makanan ternakan ayam.

    Sementara itu, peningkatan harga ikan dan makanan laut disebabkan kekurangan bekalan ikan akibat daripada cuaca yang tidak menentu.

    Perangkaan bagi IHP berkenaan dikongsi oleh Jabatan Perancangan Ekonomi dan Statistik, Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

    Kenyataan berkenaan menyatakan lagi bahawa peningkatan dalam komponen bukan makanan adalah didorong oleh pelbagai barangan dan perkhidmatan sebanyak 14.0 peratus, pengangkutan 4.3 peratus serta perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain sebanyak 2.3 peratus.

    Kenaikan harga pelbagai barangan dan perkhidmatan adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga insurans kenderaan.

    Manakala itu, peningkatan dalam pengangkutan adalah terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga kenderaan bermotor dan tiket penerbangan.

    Kenaikan kos penyelenggaraan dan pembaikan tempat kediaman dan harga sewa kediaman, telah mendorong kepada peningkatan harga perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain.

    IHP mengukur perubahan harga barangan dan perkhidmatan yang dibayar oleh pengguna dalam satu tempoh masa yang ditetapkan dan dikumpulkan setiap bulan.

    Senarai barangan dan perkhidmatan dalam IHP adalah berdasarkan maklumat perbelanjaan purata sebuah keluarga yang diperoleh melalui Kajian Perbelanjaan Keluarga.

    Laporan penuh IHP bagi Julai 2022 boleh didapati melalui laman sesawang JPES, www.deps.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...