Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Ikan lumba-lumba Irrawaddy terakhir mati

    PHNOM PENH, 16 FEB – Ikan lumba-lumba air tawar Irrawaddy terakhir yang hidup di sepanjang Sungai Mekong di timur laut Kemboja telah mati, selepas ia terjerat dalam pukat, menurut pegawai hidupan liar, hari ini.

    Mamalia akuatik itu ditemui mati kelmarin di tebing sungai di wilayah Stung Treng berhampiran dengan sempadan Laos, menurut pengumuman Jabatan Pemeliharaan Perikanan Kemboja menerusi laman Facebook.

    Ikan lumba-lumba Irrawaddy, turut dikenali sebagai ikan lumba-lumba Sungai Mekong, diklasifikasikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemeliharaan Alam Semula Jadi. Kumpulan lain ikan lumba-lumba ini ditemui lebih jauh ke hilir Kemboja dan di dua sungai air tawar yang lain iaitu Irrawaddy, Myanmar dan Mahakam, Indonesia di Pulau Borneo.

    Banci pertama ikan lumba-lumba Irrawaddy di Kemboja pada 1997 menganggarkan populasi ikan itu adalah kira-kira 200 ekor. Pada 2020, populasinya dianggarkan 89 ekor, tetapi merasa optimis pada ketika itu bahawa jumlahnya semakin stabil.

    Ekor ikan lumba-lumba yang mati pada kelmarin dilihat terjerat pada pukat kira-kira seminggu sebelumnya, menurut laporan agensi berita negara Kemboja, APK.

    Ia berkata ikan lumba-lumba tidak mampu berenang dengan betul sejak itu dan mati disebabkan kecederaan yang dialami serta ketidakupayaannya untuk menangkap sumber makanan bagi kelangsungan hidupnya. – AP

    Gambar fail bertarikh 17 Mac 2009 menunjukkan ikan lumba-lumba Sungai Mekong kelihatan di perkampungan Kampi di Sungai Mekong. Ikan lumba-lumba terakhir itu ditemui mati selepas terjerat pada pukat. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...