Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Iman Troye luah perasaan dalam Gagal Bersembunyi

    Selepas kejayaan lagu Teman dan Nang, penyanyi Iman Troye tampil dengan single duet baharu berjudul Gagal Bersembunyi bersama penyanyi Indonesia iaitu Mahen.

    Menurut Iman atau Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin, 23, berkata, lirik lagu single terbaharunya ini membawa maksud perasaan yang disimpan dan pendam semata-mata untuk kebaikan individu lain. “Gagal bersembunyi bermaksud perasaan yang kita simpan dan pendam, demi untuk kebaikan seseorang,” katanya.

    Gagal Bersembunyi merupakan hasil ciptaan Pika Iskandar iaitu komposer dan penulis lirik dari Indonesia.

    Dalam pada itu, video muzik lagu berkenaan turut dirakam di Kawah Putih, Bandung, Indonesia dengan mengambil masa kurang daripada satu jam sahaja untuk disiapkan.

    Diterbitkan oleh Kresna Wardhana dan Adib Hamdi sebagai Penerbit Eksekutif, video muzik arahan Velentino Garry ini memaparkan seni visual yang unik penuh dengan emosi dan tenaga setanding artis antarabangsa.

    Berkongsi soal rakan duet Iman, Mahen atau nama sebenarnya Petrus Mahendra, 27, popular menerusi lagu Pura-Pura Lupa pada 2020.

    Penyanyi ini mula dikenali kerana banyak menghasilkan lagu saduran daripada artis terkenal seperti Glen Fredly dan Ed Sheeran.

    Mahen juga merupakan graduan Sarjana Ilmu Komunikasi di Universiti Bunda Muda, Jakarta, Indonesia.

    Sehingga kini, muzik video Gagal Bersembunyi telah pun berjaya menerima lebih 150,000 tontonan di YouTube dan meraih lebih 100,000 pendengar di Spotify. – Agensi

    Iman merakamkan single duet bersama Mahen. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...