Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Pereka fesyen Razman terima rawatan ICU

    Pereka fesyen jenama Razman Razmi iaitu Razman Din sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Kritikal (CCU) Hospital Kuala Lumpur akibat masalah lemah jantung.

    Menerusi kenyataan dikeluarkan di Instagram rasmi Razman Razmi, pereka fesyen itu pada awalnya dikejarkan ke hospital berkenaan sebelum ditempatkan di zon merah susulan keadaannya kritikal apabila paru-paru dan seluruh badannya bengkak dipenuhi air. Doktor pakar yang merawat Razman mengesahkan keadaan itu disebabkan jantungnya yang lemah dan perlu mengambil ubat-ubatan berkaitan penyakit jantung, menurut petikan dalam mStar.

    “Pakar sudah mengesahkan lemah jantung. Sekarang dan seterusnya Razman perlu mengambil ubat sakit jantung.

    “Air juga tak boleh banyak, jantung lemah tak boleh pam,” kata kenyataan tersebut.
    Dalam pada itu, Razman memaklumkan dia kini berada dalam keadaan baik selain tidak perlu lagi menggunakan alat bantuan oksigen namun masih dalam pemantauan pakar.

    Selain itu, pihak hospital juga sudah membuka tiub yang dipasang pada bahagian kemaluan untuk memudahkan dia membuang air kecil.

    Untuk rekod, Razman dan rakan kongsinya, Razmi Rahman banyak mereka pakaian untuk selebriti terkenal di Malaysia seperti Azharina, Eyka Farhana, Datuk Seri Vida, Naim Daniel, Aliff Aziz dan Judika. – Agensi

    Razman menerima rawatan di HKL kerana lemah jantung. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...