Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Imbasan bulan September dan Oktober 2021

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Walaupun Negara Brunei Darussalam masih berusaha mengawal penularan pandemik COVID-19 dalam gelombang kedua ini, pelbagai peristiwa dan pencapaian dapat dilihat sepanjang bulan September hingga Oktober 2021.

    Sorotan peristiwa bulan September

    Pada September lalu, kita telah menyaksikan hampir $400,000 dan pelbagai sumbangan dihulurkan oleh pelbagai pihak di negara ini termasuk masyarakat awam yang prihatin kepada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam sama-sama membendung dan menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.

    Dalam kesibukan negara membendung penularan COVID-19, aktiviti penyeludupan barangan tegahan ke negara ini mula menjadi satu trend. Pada 2 September 2021, lima individu terdiri daripada seorang lelaki dan empat orang wanita yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di negara ini telah berjaya diberkas oleh Biro Kawalan Narkotik (BKN) dalam operasi yang dikenali sebagai Operasi Black Widow di Daerah Belait.

    Seorang daripada yang ditahan di bawah umur 18 tahun dan didalangi oleh dua adik-beradik perempuan yang berumur 41 dan 33 tahun. Turut dirampas dalam operasi berkenaan adalah wang tunai berjumlah $19,942, lima buah kereta, perabot-perabot rumah, barangan kemas, beberapa buah telefon bimbit dan lesen-lesen memandu yang kosong disyaki sebagai hasil daripada aktiviti pengedaran dadah.

    Pada 8 September 2021, Brunei Shell Joint Venture (BSJV) telah menganugerahkan biasiswa kepada seramai 29 orang pelajar teladan di bawah Skim Biasiswa BSJV pada 2021.

    Pada 21 September, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menghadiri Majlis Kemasukan bagi DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang berlangsung di Pusat Latihan Komando Marin Diraja (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom.
    Anggota ABDB melepaskan 21 das tembakan meriam sempena sambutan Maulud Nabi Oktober lalu.
    Pada 19 September, ujian saringan calitan atau swab bagi COVID-19 diadakan secara besar-besaran di beberapa kawasan titik panas koronavirus di negara ini,
    BKN telah merampas beberapa paket yang berisi dadah jenis syabu seberat kira-kira 57.4 gram yang mempunyai nilai pasaran melebihi $11,000.

    Syarikat-syarikat BSJV yang menganugerahkan biasiswa ialah Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), Brunei LNG dan Syarikat Pemasaran Brunei Shell (BSM) dengan para pelajar akan melanjutkan pengajian tinggi di universiti-universiti tempatan seperti Universiti Brunei Darussalam, Universiti Teknologi Brunei serta di United Kingdom.

    Pada bulan ini juga, AEM bincang usaha pemulihan pasca pandemik yang di bawah tema We Care, We Prepare, We Prosper, Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-53 bersidang secara persidangan video.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah, berharap agar ASEAN dapat melangkah maju menjelang pasca COVID-19 dengan perspektif ekonomi baru dan penyusunan semula keutamaan nasional dan serantau agar ASEAN dapat membaik pulih dan meraih manfaat secara bersama.

    Dalam usaha menyokong pembelajaran dalam talian dan membantu pelajar yang memerlukan sebagai usaha menangani impak gelombang kedua penularan wabak COVID-19, Kementerian Pendidikan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi (AITI) telah melaksanakan Kempen Sumbangan Peranti.

    Sejak kempen bermula pada 30 Ogos lalu, 261 peranti serta 400 kad SIM bagi data dan sambungan telah disumbangkan oleh orang ramai serta syarikat-syarikat swasta yang menyasarkan sebanyak 5,000 peranti.

    Pada 19 September, ujian saringan calitan atau swab bagi COVID-19 diadakan secara besar-besaran di beberapa kawasan titik panas koronavirus di negara ini, seperti di Rimba dan Serusop serta Sengkurong di bawah pengendalian Jabatan Kawalan Penyakit dan Pusat Kesihatan.

    Pada 21 September, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat menghadiri Majlis Kemasukkan bagi Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen yang berlangsung di Pusat Latihan Komando Marin Diraja (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom.

    Di penghujung bulan September ini, seorang wanita tempatan berusia 41 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret setelah perbicaraan membuktikannya bersalah kerana menyalahgunakan wang majikan berjumlah lebih $450,000.

    Sorotan peristiwa bulan Oktober

    Kerajaan Brunei Darussalam menghargai penglibatan aktif syarikat-syarikat China dalam pembangunan infrastruktur di negara ini dan menyediakan hubungan kepada Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China.

    Manakala pada bulan ini, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan mempunyai misi untuk meningkatkan keluaran sektor pertanian dan perikanan dengan kerjasama pengusaha dalam sektor berkenaan. Ini dengan memastikan pengusaha pengeluar padi, sayur-sayuran, buah-buahan, penternak ayam, lembu dan kambing serta nelayan, penternak ikan dan udang akan sentiasa dapat meningkatkan keluaran mereka secara berterusan bagi menampung permintaan orang ramai dalam negara.

    Impak daripada pandemik COVID-19, pendigitalan menjadi jentera penggerak bagi sektor yang diharapkan oleh masyarakat dan perniagaan untuk kesinambungan, kestabilan, kesejahteraan dan kelestarian dengan sektor-sektor ini perlu untuk didukung oleh keselamatan siber. Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof yang juga menteri bertanggungjawab bagi keselamatan siber Negara Brunei Darussalam menekankan pandangan Brunei semasa menghadiri Minggu Siber Antarabangsa Singapura (SICW) dan Persidangan Menteri-menteri ASEAN mengenai Keselamatan Siber (AMCC) ke-6 yang diadakan secara persidangan video pada 5 hingga 7 Oktober.

    Pada bulan ini juga, Hari Kesihatan Mental Sedunia Brunei Darussalam 2020 disambut secara maya.

    Walaupun Negara Brunei Darussalam masih dalam norma baharu, kemeriahan sambutan Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad  SAW Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah dimeriahkan dengan 21 das tembakan meriam di ibu negara yang dilaksanakan oleh anggota polis tentera Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) pada 19 Oktober 2021 dengan pelbagai program dan acara berselawat secara dalam talian serta saluran televisyen, radio dan media sosial.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...