Setelah dua tahun tertangguh akibat wabak COVID, akhirnya penyanyi dangdut Ayu Ting Ting dapat membawa seluruh keluarganya menunaikan ibadah umrah.
Menerusi laman Instagram, Ayu memohon doa agar perjalanannya bersama keluarga ke Tanah Suci dipermudahkan pada Isnin lalu.
Kata Ayu, dia sangat teruja kerana turut dapat menyambut ulang tahun kelahiran bapanya iaitu Abdul Rozak di sana.
“Yang penting semua ahli keluarga sihat, dipanjangkan usia, urusan dipermudahkan, murah rezeki, dapat jodoh dan yang terbaik untuk semua.
“Ayah pun memang nak sangat sambung ulang tahun kelahirannya di sana. Hari lahir saya pun bakal tiba, jadi banyak doa di sana,” kata Ayu. – Agensi