Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Indonesia tetapkan harga minyak masak

    JAKARTA, 19 JAN – Kerajaan Indonesia mula melaksanakan dasar satu harga untuk minyak masak bermula tengah malam 19 Januari, kata Menteri Perdagangan, Muhammad Lutfi.

    Harga jualan minyak masak di negara itu ditetapkan pada Rp14,000 (hampir AS$1) seliter, lapor VNA.

    Dalam sidang media yang diadakan pada 18 Januari, Lutfi berkata harga tetap itu terpakai untuk semua jenis minyak masak dalam bungkusan premium ataupun ringkas.

    Ia disasarkan untuk kegunaan isi rumah, serta perniagaan kecil dan mikro, kata menteri itu.

    Bagi fasa awal, harga itu akan terpakai untuk produk minyak masak yang dijual secara runcit di kedai-kedai moden atau untuk ahli Persatuan Pengusaha Peruncitan Indonesia (Aprindo). 

    Untuk minyak masak yang dijual di pasar raya, dasar satu harga akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu depan.

    Presiden Indonesia, Joko Widodo awal bulan ini menggesa Menteri Perdagangan Lutfi dan pegawai kementerian supaya cari jalan mengekalkan kestabilan harga minyak masak domestik berikutan kenaikan harga komoditi itu baru-baru ini dalam pasaran eksport. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...