Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Intel kembang pembuatan cip AS$88 bilion di Eropah

    LONDON, 16 MAC – Pengeluar cip Amerika Syarikat (AS), Intel melancarkan rancangan kelmarin untuk melabur sehingga AS$88 bilion di seluruh Eropah sebagai sebahagian daripada pengembangan bercita-cita tinggi yang bertujuan untuk mengatasi ketidakseimbangan dalam industri semikonduktor global yang telah menyebabkan kekurangan cip yang besar.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Pat Gelsinger berkata Intel melabur wang itu sepanjang dekad akan datang “di sepanjang keseluruhan rantaian nilai semikonduktor.”

    Syarikat itu merancang untuk membelanjakan berpuluh-puluh bilion dolar untuk menubuhkan atau mengembangkan tapak pengeluaran cip dan menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan atau reka bentuk di Jerman, Ireland, Perancis dan Itali.

    “Kenapa kita buat begini? Kerana dunia mempunyai permintaan yang tidak pernah puas untuk semikonduktor, atau cip,” kata Gelsinger dalam siaran laman sesawang.

    Intel berkata ia membawa teknologi tercanggihnya ke Eropah untuk menangani keperluan bagi rantaian bekalan semikonduktor yang “lebih seimbang dan berdaya tahan”.

    Pemimpin Kesatuan Eropah bulan lalu mengumumkan “Akta Cip” bernilai AS$47 bilion untuk membantu benua itu menjadi pengeluar semikonduktor utama dan mengekang pergantungannya pada pasaran Asia untuk komponen kecil, yang bertindak sebagai otak elektronik untuk segala-galanya daripada kereta hingga telefon pintar dan konsol permainan.

    Permintaan untuk cip telah melonjak apabila ekonomi global pulih daripada pandemik COVID, tetapi bekalan tidak dapat dikekalkan kerana kesesakan.

    Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen memuji pengumuman itu sebagai pencapaian besar pertama di bawah Akta Cip EU. – AP

    Intel merancang untuk melabur AS$88 bilion di seluruh Eropah untuk mengatasi ketidakseimbangan dalam rantaian bekalan semikonduktor global. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...