Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Inter kukuh kedudukan kelayakan Liga Juara-Juara

    MILAN, 28 MEI – Inter Milan mengesahkan tempat mereka ke Liga Juara-Juara musim depan dengan kemenangan 3-2 ke atas Atalanta yang menunjukkan prestasi cemerlang menuju ke final pertandingan kelab terbaik Eropah bulan depan.

    Skuad kendalian Simone Inzaghi itu naik ke tangga kedua dalam Serie A selepas memenangi Piala Itali pada Rabu lalu dengan kemenangan menghiburkan ke atas Atalanta selepas rembatan awal daripada Romelu Lukaku dan Nicolo Barella diikuti dengan penyudah mudah Lautaro Martinez pada minit ke-77.

    Inter berada lapan mata di hadapan Atalanta yang berada di tempat kelima, bakal berdepan dengan juara Inggeris Manchester City di Istanbul pada 10 Jun.

    Kemenangan mereka juga bermakna AC Milan di tangga keempat hanya perlu mengelak kekalahan kepada Juventus yang bermasalah pada malam Ahad untuk memastikan mereka kembali ke Liga Juara-Juara selepas tersingkir di separuh akhir oleh pesaing tempatan mereka minggu lalu.

    Lukaku meletakkan tuan rumah mendahului kurang seminit dalam perlawanan terakhirnya di San Siro sebagai pemain Inter, dengan pinjamannya dari Chelsea berakhir pada penghujung bulan depan.

    Penyerang Belgium itu, yang berharap perjanjian boleh dicapai dengan Chelsea untuk kekal di bersama Inter, menewaskan Marco Sportiello dan meledak gol ketujuhnya dalam 10 perlawanan selepas dihantar terbang oleh Martinez.

    Atalanta berada satu mata di hadapan Roma, yang peluangnya untuk menduduki empat teratas berakhir dengan kekalahan 2-1 di Fiorentina dalam pertarungan pasukan di pusingan akhir Eropah. – AFP

    Romelu Lukaku meraikan jaringan golnya semasa perlawanan bola sepak Serie A Itali di stadium Giuseppe-Meazza (San Siro) di Milan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...