Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Intracorp perkenal tilam premium MyDream

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JAN – Intracorp (B) Sdn Bhd selaku pembekal barangan elektrik serta beraneka pilihan perabot telah memperkenalkan jenama tilam premium bermutu tinggi, MyDream yang sangat berguna lagi bermanfaat kepada semua pengguna.

    Menurut kenyataan Intracorp, tilam MyDream amat memfokuskan terhadap kualiti, keselesaan, meningkatkan kesihatan, nilai dan kesihatan. Sementara itu matlamatnya adalah untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di mana kehidupan yang hebat bermula dengan tidur malam yang baik.

    MyDream Mattress direka bagi mengembalikan lengkungan semula jadi tulang belakang dan memastikan badan sejajar untuk menyokong tulang belakang pengguna dalam posisi berbaring menyiring.

    Ia adalah sangat penting di mana tidur yang berkualiti memainkan peranan penting dalam kesihatan mental dan fizikal.

    MyDream Mattress turut disokong dengan jaminan sehingga 10 ke 15 tahun yang tertakluk pada model produk yang diambil.

    Salah satu jenis tilam MyDream yang diperkenalkan Intracorp. – Gambar serahan Intracorp
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...